Have A Look

Saturday, January 29, 2011

PROJEK PENCEN SUAMIKU



ROSLANI OSMAN aka UIH

Suamiku Roslani Osman bersara pada 7 Disember 2010. Pernah aku lontarkan soalan padanya " Abang bila pencen nanti nak buat apa?". Dia dengan slow saja menjawab....."Pi mengail ikan ...buat ikan kering ..lepas tu jual.... sebelah malam pula pi jual kuaci dengan kentang goreng kat Stadium sambil tenguk bola"....Aku ketawa tapi dalam hati geram juga memikirkan projek pencennya agak merugikan diriku...apa tak nya...kalau dia mengail banyak-banyak ikan...aku juga kena siang.....bukan senang nak siang belah belakang ikan haruan ......Kalau dia pi jual kuaci kat stadium pula....aku juga susah ...dia dok seronok kat stadium,aku dok layan anak cerdik Syazlan yang banyak kerenah kat rumah...letih aku dibuatnya.
 
Surprise!!!!!!!!. Masanya sudah sampai......Projek kecil-kecilan sudah dapat ku lihat...Di antara projeknya ialah :-
1. Mesin Rumput keiling rumah
2. Kumpul semua barang , sampah sarap yang tidak perlu untuk  dihantar ke Tong sampah MPK Kodiang
3. Merongkah bangsal pokok orkid dan memindahkan ke tempat sementara (di bawah Pokok Mata Kucing)
4. Memasang katil yang telah lama berada di setor..




Rangka rumah Orkid yang telah dibuang atapnya...Bila la agaknya suamiku nak bubuh atap baru.......Kita tunggu.....dan Lihat.......



..





Pokok Mata kucing jadi tempat sementara menggantung bunga-bunga orkidku......
I wonder berapa lamakah  SEMENTARA itu ????? .....





















Orkid Besar...bunganya macam harimau bintang...coklat campur kuning.....










 Di bawah pokok mata kucing pula terdapat beberapa pokok bunga yang belum di jaga rapi....masih terdapat daun kering di dalam dan luar pasu





Pokok gantung ni pun tak tau namanya juga,
Bunga cantik ..warna merah


Pokok apa entah...bunga warna ungu....daun macam daun nilam

 Terbiar.......
 Terbiar......daun kering belum dibuang....
  Pokok Ni Cik Gu Shofiah yang bagi......subur dah .







Sambil buat kerja,boleh mengasuh Syazlan bermain buaian.










Sekarang akau rasa lega sikit sebab di samping membantuku membuat semak di dalam rumah, dia sempat juga membuat perubahan di luar rumah...Aku akan sabar menanti perubahan seterusnya...........................

3 comments:

  1. salam fadz,
    Kawasan rumah you luas..seronok mengexplore..banyak juga pokok2 orkid tu..
    yg daun ungu tu ialah pokok perak..
    dah cerah laman..I nak pi melawat la..

    ReplyDelete
  2. Cerah sikit dr dulu la Nad.Bila punggah rupanya berpuluh pasu bunga orkid I yg terbiar...Kesian pokok...La ni I nak suruh hubby jaga leklok...bila tgk garden you,I naik smangat....

    ReplyDelete
  3. waah... lepas ni cuci calat, berseri2 lah rumah kak fadz..

    ReplyDelete