Have A Look

Monday, January 24, 2011

KESEDIHAN,KERISAUAN,KERESAHAN......

Hari Sabtu yang lalu, aku ke Klinik Dr Faizah Kangar kerana merasakan perlu untuk membuat scanning pada perutku yang selalu memberikan masaalah ....Kebelakangan ini,hampir selalu aku merasakan perutku tegang,pinggangku sakit dan terasa pedih di dinding perutku apabila lambat makan dan di sebelah malam pula selalu rasa mengkal di bahagian ulu hati.....

Pada minggu pertama cuti sekolah iaitu bulan November yang lalu aku sakit di bahagian pinggang hinggakan tidak boleh bangun apabila tidur,dan tidak dapat baring apabila berdiri....Bila bangun dari katil aku terpaksa bergolek mencari tempat pemegang seperti almari untuk bangun dengan susah payah dan sangat sakit.Aku berjalan bagaikan robot,tetapi bongkok menahan sakit.... Aku ke klinik Waty di Changlun dan Dr memberikan ubat urat...Alhamdulillah ,baik juga la buat masa sebulan...
Kini sakit pinggang dan perutku kembali....dan ternyata apabila keputusan SCANNING dari Dr Faizah menunjukkan bahawa terdapat sesuatu ketumbuhan di luar buah pinggangku...Dr Faizah cadangkan agar aku ke Hospital untuk pemeriksaan lanjut...

Kini sudah 2 hari tetapi aku masih berfikir...ke manakah harus kutuju....???Adakah harus aku pergi Ke Hospital Kerajaan  @ ke  Hospital Swasta...? Aku juga perlu bertanya kawan rakan yang mengalami keadaan sama sepertiku...

Aku diberitahu kes seperti ini hanya ditentukan pada pagi Selasa dan Khamis sahaja....Oleh itu...aku mengambil keputusan untuk pergi esuk...Kalau banyak sgt procedure, mungkin aku akan bertukar arah ke KMC @ PMC la pula.....Aduh....Ya Allah....tolonglah ringankan beban penyakitku ini demi anakKu Syazlan yang masih memerlukan perhatian,bimbingan serta belas kesihan  dariku......Huh...Huh...Huh....

Kawan-kawan tolonglah beri kata-kata nasihat untuku...I really need it right now.......

6 comments:

  1. kak fad,
    jgn risau, tabahkan hati, kuatkan semangat dengan kasih sayang dari family dan rakan.
    kalau terlalu risau dan stress, takut sakit nanti...
    Allah knows best...jgn jauh dari Dia...
    my pray with u

    ReplyDelete
  2. Tq dear Zufa...Allah beri kita DUGAAN menunjukkan Dia kasih kepada kita dan Kita juga akan sentiasa memohon dariNya.....

    ReplyDelete
  3. fadz,
    Laluilah semua itu dengan tawakal..pergi ke hospital dulu tengok macam mana.
    If you not forgotten..I was just like you 14 years ago..Kanser lagi..hanya Allah yang tahu..I lalui dengan semangat..doa kepada Allah tanpa putus dan berikhtiar..
    Cepat Fadz..

    ReplyDelete
  4. Thanks Nadz....I'm touched by your words of comfort...I'll do just that...hopefully things would get better.....

    ReplyDelete
  5. kAK Fadz, nak cuba rawatan cara islam? Di Darul Shifa cawangan alor star. alamatnya: 87, taman purnama 1, jalan pegawai, alor star. Hari Khamis, lepas asar, hari isnin 8 - 11 malam.

    ReplyDelete
  6. Aslina,tkasih.Kak Fadz biasa pi Darul syifa Bangi....x tau pula ada cawangan kat alor Setar...Insya Allah,sementara tunggu Doktor pakar pd 3/3,Kak fad akan usaha cara kg dan Rawatan Islam...Tk

    ReplyDelete