Have A Look

Friday, January 21, 2011

KESEDARAN! CABARAN! HARAPAN! IGAUAN! DEBARAN!KEKECEWAAN ! KELUCUAN!



  KESEDARAN:- Tahun 1976 Kak Fad ambil HSC tapi hanya memperolehi 1 prinsipal A dan 3 subsid.Pada masa itu,untuk masuk universiti perlu mendapat 2prinsipal dan 2 subsid kerana kami hanya mengambil 3 subjek Principal level dan GENERAL PAPER (Pengajian Am ) adalah pada tahap subsidiary level sahaja. Malangnya,pada hari kertas sejarah,Kak Fad pitam di dalam dewan peperiksaan setelah sempat menjawab satu soalan sahaja…walaupun diberi lebih masa setengah jam selepas itu, minda Kak Fad tidak dapat berfungsi seperti sebelumnya, tapi Kak Fad masih lulus subsidiary leveluntuk Paper Sejarah . Kak Fad tidak ulang belajar tahun berikutnya memandangkan ibu yang miskin lagi dhaif tidak mampu menyara yuran pengajian & peperiksaan. Kak Fad kerja guru sementara pada 1977 dan melanjutkan pelajaran ke maktab dan mula jadi guru pada 1980. Selepas itu macam-macam kekangan yang menghalang Kak Fad sambung belajar hinggalah  umur dah senja,  tahun 2003 barulah dapat masuk Universiti..... Syukur Alhamdulillah.

  CABARAN:- Kak Fad telah menyambut cabaran untuk melanjutkan pelajaran setelah merasakan diri ini ketinggalan berbanding orang lain yang sudah jauh meninggalkan Kak Fad dari segi ilmu pengetahuan,pendapatan mahupun pengalaman.Kak Fad juga ingin buktikan dan beri contoh kepada anak-anak agar mereka juga akan rajin belajar macam ibu mereka. Oleh itu Kak Fad mohon sambung belajar untuk mendapatkan Degree, tambahan pula, kawan2 seperjuangan pun ada yang sebaya dan muda setahun dua dari Kak Fad beria2 mengajak Kak Fad menyertai mereka.Kak Fad setuju kerana merasakan seolah-olah ada penyokong yang sama tujuan dan matlamat hidup.Kak Fad sanggup sambut cabaran ini juga memikirkan anak-anak pun sudah besar-besar ,boleh urus diri semasa ibu menghadiri kelas.Kak Fad juga merasakan ada kesanggupan harungi pelajaran memandangkan Kak Fad sudahpun ada pengalaman mengajar. 

  HARAPAN:-Setelah tamat pengajian,mendapat ijazah dan setelah melalui temuduga maka Kak Fad pun dilantik ke Gred DG41.Yang seronoknya dapat tunggakan tu…banyak la juga..kira-kira RM…. gitu.   Kemudian kami terpaksa pula mohon untuk sah jawatan.Kak Fad  bersama kawan-kawan sekolah yang telah lama dilantik ke Gred DG41  terpaksa menunggu sekian lama, ada yang lebih dari 3 tahun tapi masih belum disahkan  jawatan tersebut. Bila tiada pengesahan jawatan ,maka banyaklah peluang yang kita tidak dapat kecapi dan turut serta seperti mengambil PTK untuk naik ke gred seterusnya dan lain-lain lagi….
Mengikut pekeliling, bagi mendapat sah jawatan,kami mesti menghadiri kursus induksi @ KISSM…dulunya 3 bulan, kemudian 3 minggu dan pada bulan Disember lepas,kumpulan kami hanya perlu menghadiri KISSM untuk 3 hari sahaja..memandangkan ramai sangat yang belum sah jawatan sejak tahun 2007 lagi….
Al kisah…….kami pun menaiki bot ke Langkawi pada 8  Disember 2010 pukul 2.30 petang yang lalu dan sampai ke hotel Chandekura jam 3.40 petang. Sebaik sahaja sampai kami diberi taklimat tentang tentative kursus  dan diberi kunci bilik masing-masing,2 orang satu bilik. Kami memilih bilik bawah(ground floor)..maklum la..orang-orang lama…senja..veteren..(apa2 gelaran pun boleh lah),lebih sesuai .
Bila masuk bilik,kami bergegas solat ,cuma tinggal 10 minit sebelum asar…kemudian terus solat asar dan makan petang.Taklimat disambung,sampai pukul 7.00 ptg… keluar taklimat,makan malam ,mandi,…solat maghrib dan bergegas taklimat lagi bagi menentukan soalan tugasan kumpulan dan syarat-syarat lain bagi mendapat kelulusan KISSM ini. Tamat taklimat, kami tak pedulikan makan malam( super) kerana sibuk nak buat tugasan kumpulan ,semua maklumat cari dari internet,buku nota KPLI  buku PTK dan buku KPPK yang tebal-tebal kawan-kawan heret dari rumah .Pukul 12.30 baru selesai tugasan…semua ahli kumpulan berkumpul di bilik Kak Fad buat perbincangan. Masing-masing membaca nota….bersoal jawab,berbincang tajuk yang rancak diperkatakan semua orang termasuk penganjur kursus dari JPN.   

  IGAUAN: Tajuk yang hangat diperbincangkan ialah manual prosedur kerja(mpk),   fail meja (fm) ,nilai-nilai murni penjawat awam dan cara menyimpan rekod. Semalaman kami asyik membaca,berbincang dan menghafal tajuk2 tadi..sampai terlena pada pukul 2 pagi.Malah dalam mimpi (mengigau), Kak Fad rasa macam dua tajuk itu..MPK dan FM yang akan keluar…Pagi-pagi dimeja sarapan,sana sini kedengaran perbincangan tajuk MPK dan FM,sekali sekala saja terdengar tentang tajuk2 lain. Keesukannya,kami hadiri taklimat lagi dan penuh konsentrasi kami beri apabila penceramah bercakap tentang tajuk2 tadi. Semasa keluar makan tengah hari pun sambil makan sambil bincang MPK dan FM lagi. Selepas kelas petang,sambil makan petang ,ada suara-suara mengatakan” Ni…kita kena banyak baca dan hafal MPK dan FM sebab tak pernah lagi tak keluar kursus induksi tajuk2 tu…”
Semasa di bilik tak sempat nak landing atas katil pun ,masing-masing asyik berbincang,menghafal MPK dan FM. Malam itu, pegawai JPN memberi peluang kami bincang soalan-soalan lepas ,mula-mula objektif,kemudian essei…yang mana terdapat soalan2 MPK dan FM di samping soalan-soalan lain seperti nilai-nilai penjawat awam dan cara-cara menyimpan rekod .Apa lagi,masing-masing begitu yakin memang MPK dan FM akan keluar esuknya.Malam itu,adik-adik datang lagi berkumpul di bilik Kak Fad, Kami asyik bincang MPK dan FM…sedikit sangat kami sentuh tajuk-tajuk lain. Kak Fad tidur awal iaitu pukul 12.30 sebab Kak Fad tidak mahu pisang berbuah dua kali…dulu Kak Fad pitam semasa peperiksaan HSC kerana malam tak dapat tidur….tetapi Kak Shofiah dan adik-adik yang lain asyik membaca dan menghafal sampai pukul 2.00 pagi. Bila jam yang Kak Fad set berbunyi, Kak Fad tutup dan sambung tidur ,rasa mengantuk sangat.
Keesukannya, Kak Fad bangun awal,mandi sambil jerit dari bilik air fakta-fakta MPK dan FM agar Kak Shofiah boleh tegur atau tambah apa yang tertinggal. Lepas solat kami terus ke dewan makan,sambil makan bincang dengan kawan di meja pula mengenai MPK dan FM sebab mereka pun yakin dua soalan itu akan keluar…bukan main petah lagi la kami bagi fakta..Maklum la sikit punya baca dan hafal  dua tajuk tu.
Tiba-tiba Pegawai JPN memberitahu kami peperiksaan akan lewat sikit pasal kertas tak cukup. Apa lagi…peluang bincang lagi…kali ini bincang tentang bagaimana nak simpan rekod pula…..masing-masing bukan main cekap lagi bagi fakta…wahh! kalau keluar soalan itu,memang score punya ,sudah pasti.

  DEBARAN:- Tiba masanya kami pun masuk dengan penuh debaran…kertas objektif diedar…wow!!! semua solan lepas-lepas keluar…..seronoknya…..ada beberapa soalan saja yang tak yakin,tapi rasa puas hati la….kemudian datang lah kertas essei yang kami tunggu-tungu dengan penuh debaran……..

  KEKECEWAAN:- teng…teng…tengg…..buka saja muka surat pertama…soalan NILAI PENJAWAT AWAM…syukur…..Sebelahnya,.soalan wang /akaun apa tak tau…tak baca pun…buka helaian lain pula ….mana manual prosedur kerja dan fail meja ???….huh…huh…huh….tup..tup…tup…jantung melompat, Buka sehelai lagi,mujurlah soalan mengenai prosedur-prosedur menangani ketidakpuas hati orang ramai. Kak Fad sudah pun buat semasa tugasan individu dihantar sebelum kursus,tapi dah lupa banyak fakta mengenainya. Tenguk pula soalan dasar-dasar kerajaan, aduhai!!!! susahnya,soalan dasar persyarikatan,. Cuma baca sekali saja malam pertama di Langkawi….. semua soalan lain tak baca,cuma tenguk sikit-sikit saja…..lemah segala anggota. Hampir separuh dewan megeluh,masing-masing paling ke arah satu sama lain…..muka pucat….tenguk pegawai pun menggeleng kepala…apa sudah jadi???? MPK dan FM tinggal kenangan yang tidak dapat dilupakan….. Walaubagaimanapun kami terus jawab juga,entah apa-apa la yang kami tulis…”Pantang Melayu Meninggalkan Gelanggang Sebelum Tamat Perlawanan…”

  KELUCUAN:- Pukul 2.00 petang kami bertolak ke pekan kuah dengan bas. Atas bas, Kak Fad iklankan agar kawan-kawan dari sekolah lain “ Kawan-kawan,jangan lupa Kak Fad untuk memberi ceramah mpk dan fm di sekolah kawan-kawan nanti kerana dalam minda Kak Fad ni masih penuh ilmu dan fakta mpk dan fm. Untuk mengisi borang biru 7 kali kursus wajib setahun , Kak Fad rasa boleh kot nak bagi ceramah “.  .Mereka hanya ketawa ,masing-masing faham maksud di sebalik sebutan mpk dan fm. Sampai di kompleks Ismail Groups 2.15 petang , kedai masih ditutup kerana hari Jumaat, 2.35 petang  baru dibuka, sempat beli kain batik 2 helai dan chocalate 3 bungkus, Pukul 3.00 ptg ,bas dah bunyikan hon,tak sempat penceramah manual prosedur kerja dan fail meja nak shopping. Mana cukup shopping 25 minit di Langkawi pula tu…husshhhhh!!!!.….kecewa segala-galanya.Kawan2 atas bas asyik dok perli penceramah belum naik, sempat shopping sakan.

Habis cerita…………kalau tak lucu tak payah la ketawa,senyum dah la……..

     Adik-adik sekelian! Kak Fad cadangkan agar adik-adik dan anak-anak muda yang berminat melanjutkan pelajaran haruslah berusaha bersungguh2 sementara masih  muda. Anda masih mempunyai minda yang segar, fizikal masih sihat, kekangan masih sedikit,dan semangat masih berkobar-kobar… Good Luck…Jangan jadi macam Kak Fad… 

 Atas feri untuk Ke Langkawi



Kolam renang di Hotel Chandekura...x sempat mandi pun




Depan Hotel bersedia nak balik 10/12/2010

 Bersama Siti Salamah...adik yg masih muda...

4 comments:

  1. Asaallamualaikum fadz,
    Seronok juga kalau sesekali dapat berkursus...mahunya penceramh jokes sikit..kalau serious sangat tak best lah..

    ReplyDelete
  2. tahniah kak fad...

    semakin bercambah idea dan penceritaan d blog...
    kalau org baca sure x sangka kak fad cikgu english...

    ReplyDelete
  3. Wakak...wakak....kan kita pendidik ni serba boleh...gabung jalin la konon,English,Malay,singing.You must know that I scored A for BM for LCE, 1 for MCE and Principle A for HSC....I should have been trained as a BM teacher but in 1970 to 1980sss...not many Malays would like to teach English...Tapi syok juga ajar english kan.....macam2 jokes yg kita dpt..mcm2 experince juga...nanti I akan masukkan jokes dlm Blog

    ReplyDelete
  4. Nadz,memang syok pi kursus,away from school sometimes kan bila pening2 dgn kerenah students,tapi yg x syok tu bila kursus kena buat assignment @ ada exam like KISSM tu...kalau mcm MBI ari tu syok ....lagipun MBI tu la yg menjalinkan hubungan kita kan.....Syukur dpt kwn baik mcm Nad dan Zufa....

    ReplyDelete