1.PEKUP: MAKSUDNYA CEKUP ATAU TUTUP DENGAN KEDUA BELAH TANGAN
Contoh Ayat:
a. " Hang pi sembunyi, aku PEKUP mata aku,aku bilang 10 satgi aku cari hang dok sembunyi tang mana"
2.SUBANG/SELOGEK : MAKSUDNYA GUBAH ATAU HIRIS/PESIANG , TAPI JANGAN BAGI PUTUS.
a. " Sebelum nak buat gulai rebung, hang kena rebus dulu, lepas tu SUBANG/SELOGEK dia, hiris sebelah atas dan sebelah bawah jangan bagi putus..cuma nak bagi senang makan dan kuah gulai senang meresap masuk celah-celah rebung tu"
3. GHOKIARG : MAKSUDNYA MEMBUANG ATAU MELICINKAN BAHAGIAN BUKU REBUNG DENGAN MENGGUNAKNA PISAU..LEBIH KURANG MACAM ghintih...
Contoh Ayat:
a. "Nampak tak elok sangat kalau tak GHOKIARG buang dulu bahagian buku rebung ni, kalau nak jual orang kata tak semengah buat kerja..."
4. GHINTIH : MAKSUDNYA MELEKANGKAN DARI PELEPAH DENGAN MENGGUNAKAN PISAU ATAU PARANG
Contoh Ayat:
a. " Mai tulung GHINTIH daun nyok ni sat, lepas tu tulung GHAUT ...aku nak buat penyapu lidi.
5. GHAUT : MAKSUDNYA MEMBERSIHKAN LIDI DENGAN MEMBUANG DAUNYA DAN MENINGGALKAN LIDI SAHAJA.
Contoh Ayat
a. " Mai kita pakat GHAUT penyapu tumpang daun nyok banyak ni..buleh buat penyapu lidi "...