Have A Look

Wednesday, June 26, 2013

LOGHAT KEDAH

1.GONYOH: MAKSUDNYA SENTAL/TONYOH KUAT-KUAT SAMPAI BERSIH DAN BERKILAT  atau  SETERIKA (IRON) KAIN.
       Contoh Ayat:
     a. " Hang GONYOH periuk ni sampai putih berkilat".
     b.  "Aku segan la nak GONYOH baju ni,biarg pi la keghedot sikit-sikit..."

2.GEBANG: MAKSUDNYA BERBUAL ATAU BERSEMBANG .
    a. " Mai pesudah kerja ni, jangan dok GEBANG besarg saja."
    b. " Mai kita pakat GEBANG kisah nak pi buat lawatan ni"
    
3. SEGHENGAM : MAKSUDNYA TERPA DAN REBUT TERUS
   Contoh Ayat:
   a. " Hang ni laparg sampai tegha mana SEGHENGAM kueh tu , tak malu kat orang ka.." 

4. SEGHONDOI/SONDOI : MAKSUDNYA MENDAHULUKAN / MENGGUNAKAN KEPALA UNTUK MENOLAK SESUATU.
    Contoh Ayat:
   a. "Babi SEGHONDOI habih pokok ubi kayu yang aku tanam ".
    b. " Ada apa-apa ka yang hang mai dok SONDOI aku ni"?

Monday, June 3, 2013

LOGHAT KEDAH

1. MONTOK: MAKSUDNYA BERISI .KALAU NAK GAMBARKAN ORANG PULA..ORANG ITU PENDEK DAN GEMPAL
       Contoh Ayat:
     a. " Amboi , anak hang ni MONTOK no...hang bagi makan apa?".
     b.  "Ayam tu makan kenyang sungguh..nampak  MONTOK saja ghengkung dia."

2. MEGHITIH: MAKSUDNYA BERGOYANG ATAU BERGERAK TAK HENTI-HENTI .
    a. " Budak tu kena tibai teruk tu...kaki dia MEGHITIH dok tahan sakit"
    b. " Awat yang dok gelak MEGHITIH sangat tu.Lawak sampai tegha mana hah?"
    
3. GELISIK : MAKSUDNYA MERABA DAN MENARIK SESUATU SEPERTI KUTU ATAU SERANGGA KECIL DARI RAMBUT 
   Contoh Ayat:
   a. " Gatai kepala aku ni..perasan kutu penuh dah..Sisiar kerap pun tak dak..kena GELISIK saja la"..

4. SISIARG : MAKSUDNYA SIKAT atau PERBUATAN MENYISIARG BENDANG SELEPAS MENGALA
    Contoh Ayat:
   a. "Pi ambik SISIARG mai sikat kepala aku sat"
    b. " Masa membajak guna kerbau dulu ni, mula-mula mengala guna kerbau,lepas tu MENYISIARG pula nak bagi rata keleborg tu"...