Apabila cuti Sekolah tamat, kak Fad terpaksa meninggalkan kampung dan mak Kak Fad bekerja mencari nafkah dan mengambil upah untuk membayar yuran Sekolah Kak Fad.Wang biasiswa sekolah pada masa itu hanyalah 15.00/= dan wang saku sekolah Asrama penuh 10.00/=. Jumlah 25.00/= pada masa itu hanya cukup untuk membeli peralatan seperti pen ,pensil dan lain-lain dan juga belanja makan di kantin pada waktu rehat.Oleh itu Kak Fad masih bergantung kepada keluarga untuk Yuran dan beli buku teks. Pada masa itu Buku Teks belum dibekalkan oleh Kerajaan,Kami terpaksa membeli dari kakak2 senior dengan harga 3/4 bagi buku-bauku yang masih elok, dan yang agak lusuh separuh harga.
Masa yang paling gembira bagi kami pelajar-pelajar Sekolah Tun Fatimah ialah ketika menaiki keretapi ke Johor Bahru dari stesen Kodiang.Ada kawan-kawan Kak Fad yang menaiki keretapi dari Arau,Tunjang, Anak Bukit, Alor Setar dan seterusnya...Bila kami bertemu antara satu sama lain di atas keretapi, kami menjerit riuh rendah, bercerita dengan gembiranya kerana bertemu kawan setelah sekian lama bercuti.Kami tidak berasa malu kerana kami diperuntukkan " Reserved Coach" di mana ornag awam tidak dibenarkan masuk ke coach kami. Kami juga tidak perlu membayar harga tiket keretapi kerana dibekalkan Warrant Ticket .. ( Ticket Berkumpulan)...Bayangkan jumlah yang kerajaan belanjakan bagi tambang percuma untuk pelajar2 sekolah berasrama penuh ketika itu....
Kami akan bertukar keretapi di Butterworth di mana kawan-kawan dari Perai dan Penang pula akan bersama kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Perjalanan di sebelah malam dari Butterworth ke Kuala Lumpur agak boring ,cuma kedengaran suara kami bercerita tak berhenti2 yang dapat menghilangkan suasana boring..Bila sampai di Ipoh, Kak Fad masih ingat lagi ada penjual yang naik di atas keretapi melaungkan ..."Ais krim Mee Goreng...Ais Krim Mee goreng....Ais Krim Goreng...Ais Krim Goreng.."'Lagi panjang laungannya lagi tak kedengaran perkataan "Mee" yang dilaungkannya.Kemudian seorang lagi penjual akan naik keretapi dan melaungkan "karipap,karipap,karipap,...kari...pap..pap...pap....pap" Kari pap,pap,pap,pap...Agaknya dia dah lenguh nak sebut perkataan "Karipap" berulang kali...Itu di anatra kenangan yang tak dapat Kak Fad lupakan.Kami akan mula tidur ketika hampir Tanjung Malim atau Kuala Lumpur.Kami akan sampai di Kuala Lumpur pada pagi esuknya. Kamai hanya dapat memberus gigi dan basuh muka di stesen keretapi Kuala Lumpur sebelum bertukar keretapi lagi untuk perjalanan ke Johor Bahru...Perjalanan kami ke Johor Bahru pula bermula pukul 8.30 pagi.dari Kuala Lumpur ramai lagi kawan-kawan akan bersama kami ,malah di sepanjang stesen dari Kula Lumpur ke Johor Baharu, pelajar-pelajar STF akan menyertai pelajar-pelajar dari Utara.Lagi riuh rendah lah suasana ketika itu kerana gerabak "Reserved Coach" akan ditambah lagi.Kak Fad dan kawan-kawan akan sampai di stesen keretapi Johor Bahru pada pukul 5.00 petang selalunya. Pak cik drebar yang bernama GOLI sudah sedia menunggu kami dengan bas sekolah..ada yang terpaksa menunggu trip kedua kerana tidak muat dengan sekali hantaran sahaja.Kami lebih suka sampai awal kerana sempat mandi, salin pakaian dan pergi DINNER, tetapi ada kawan-kawan suka naik bas trip kedua kerana sempat beli buah2an di sekitar Sungai Segek untuk dibawa pulang ke asrama.
BERSAMBUNG....
No comments:
Post a Comment