BUAH PETAI BELALANG
BIJI YANG DIBUANG DARI BUAH PETAI BELALANG
BUAH PETAI BELALANG YANG SUDAH TUA TIDAK BERISI LAGI
Pokok Petai Belalang boleh didapati dengan banyaknya di kampung-kampung terutamanya pada tahun 1970an 1980an,dan 90an juga.Tetapi pada masa ini kita jarang-jarang dapat temui pokok Petai Belalang ini. Pokoknya tidaklah setinggi pokok petai biasa.Daunnya lebih kurang sama seperti pokok petai biasa, cuma buahnya sahaja kecil dan lebih nipis berbanding petai biasa. Namun begitu petai belalang ini boleh dibuat ulam bukan hanya buahnya tetapi, bunganya yang belum kembang, daunnya, dan bijinya juga.
Biji petai sedap dimakan sahaja ataupun dibuat sambal dengan ikan bilis.Apa yang istimewa mengenai pokok petai ini ialah....daunnya, batangnya ,rantingnya boleh direbus dan diminum bagi mengubati penyakit kencing manis . Ia juga dianggap sesuai untuk pundi kencing...
Walaupun begitu, ramai orang tidak menggemari buah petai ini kerana baunya agak busuk, cuma kurang busuk dari petai biasa. Bagi sesiapa yang belum mencuba bolehlah mencubanya...masih terdapat sepohon pokok petai belalang ini di belakang rumah saya...dan saya berhasrat untuk menjaga pokok ini.
No comments:
Post a Comment