Buah Jambu Mawar
Buah jambu Mawar bewarna putih kekuning-kuningan.Pokoknya sederhana tinggi ,daun dan batangnya sama seperti pokok jambu air atau jambu keling.Tetapi yang unik ialah buah jambu mawar itu sendiri. buahnya berbau wangi....sebab itulah ianya dinamakan buha jambu mawar. Ada buah yang berbentuk bulat leper dan ada juga yang berbentuk lonjong tetapi kebanyakannya berbentuk bulat leper.
Kita makan buah ini begitu sahaja tanpa perlu dicuicah dengan garam belacan atacolek...kerana rasanta manis.Kulit isinya nipis sahaja.Di dalamnya terdapat beberapa biji yang berkembar dan ada juga yang tidak berkembar. Sekurang-kurangnya terdapat 5 atau 6 biji di dalam buah jambu mawar ini.
Sekarang ini susah bagi kita menemui buah jambu mawar ini lagi.Dulunya boleh dikatakan kebanyakan rumah terdapat pokok jambu mawar ini,tapi pada hari ini sukar didapati.....mungkin ianya bukanlah buah yang boleh dikomersialkan....walaupun begitu,jika sesiapa masih mempunyai pokok ini,jagalah ia agar dapat dilihat oleh generasi sekarang dan akan datang...
Assalamualaikum? Cantik dan berisi blog impian murni. Saya suka isi2nya. Kalau dapat benih pokok2 yang makin pupus ni, mmg saya nak tanamnya. Esp. jambu mawar ni, wangi bau buahnya. Kat kg saya mmg dah tak ada sapa pun tanam.
ReplyDeleteSalam Umie...di rumah bapa mertua saya ada poko,tapi buahnya x pernah boleh makan,setiap kali berbuah, asyik dimakan kelawar ...tapi nak dapatkan anak pokok ni kena tod batang dia,kalau nak tunggu bijinya jadi anak lambat juga...Insya Allah ,kalau ada, saya akan kirim pada Cik Gu Rusli sbb dia ngajar sekali dgn saya...Saya ni anak sedara Chu Liah Chu Choh kg Chegar...Chu Liah pun dah meninggal dah......
ReplyDelete