Have A Look

Monday, February 20, 2012

APA YANG ANDA TAHU,MARI KONGSI


LOGIK ATAU TIDAK......BERKESAN ATAU TIDAK?????????/

Semua orang nak baik bila sakit...so,apa yang orang cadangkan dan di mana tempat perubatan yang harus dikunjungi untuk tujuan perubatan...sudah pasti kita akan berminat untuk mencuba...setakat yang kita mampu la....

Saya pernah sekali pergi merendam kaki untuk tujuan keluarkan toxid....tapi sejauh mana cara ini berkesan.....Tak dapat nak saya kongsi kerana saya hanya mencuba sekali sahaja selama satu jam....Lepas menjalani cara perubatan tersebut...saya tak la pula merasa sebarang perubahan baik lega maupun bertambah baik...so...apa pendapat anda yang dah pernah menjalani cara rendam kaki ini buat beberapa kali...Ada perubahan ke arah lebih baik tak? Kalau ada...saya nak  juga pergi untuk kali kedua dan seterusnya...kalau tak baik walaupun banyak kali anda menjalaninya...saya juga akan mengucapkan selamat berhenti......

Mari kita kongsi pengalaman ok.......


  mula-mula rendam


Selepas 5 minit



Selepas 15 minit


Setengah jam 


45 minit



1 jam



 Yang ini hasil rendaman kaki orang lain pula selepas 1 jam......
Hasil perubahan warna air berbeza........

So.......untuk cubaan kedua dan seterusnya.....bersedialah....30 minit RM35.00....I jam RM50.00....

LOGHAT KEDAH UNTUK HARI INI


1. TEHOQ:  MAKSUDNYA TEMPAT YANG CANGKAT ATAU CETEK.
 Contoh Ayat:- 
a." Kawasan ni TEHOQ sangat...tak syok nak mandi...budak-budak baguih la pasai tak bahaya mandi tempat TEHOQ ni ".

2. MELUCAI :  MAKSUDNYA JADI TAK TERURUS...BERCAMUR.
Contoh Ayat:
  a ."Pokok sayur bayam aku ni habih MELUCAI. Babi seghodot perasan dah ni. Sini banyak babi hutan"
  
3. TERJUEH : MAKSUDNYA BIBIR MULUT YANG DIMUNCUNG KE HADAPAN ATAU BENGKAK KERANA DIGIGIT SERANGGA
Contoh Ayat: 
   a.. " Awat yang bibir mulut hang TERJUEH tu? Apa yang ketit?" 
   b.  " Kak Yam tu dok mengata kat orang la tu..nampak mulut dia dok TERJUEH saja"

Friday, December 9, 2011

Hari Bahagia Anak sulungku

Akhirnya anak sulungku berkahwin juga setelah umurnya menjangkau 29 tahun. Ramai kawan-kawanku yang sudah pun menimang cucu-cucu dan begitu ceria menceritakan tentang kerenah cucu mereka sedangkan aku pandai menyembunyikan hasrat untuk melihat anak berkahwin dan menimang cucu itu aku sembunyikan dengan cara tersendiri.Aku mengatakan AKU MASIH MUDA,,menantu pun belum ada,Cucu jauh sekali lah" Dengan kata-kata itu rasa lega lah sikit perasaan kepingin cucu dan menantu itu.

Tapi,tanggal 22 November yang lalu Bang Long ( MUHD MUKHLIS AKMAL) telah dijab kabulkan ,manakala kenduri di rumah pengantin perempuan dilangsungkan pada 3 Disember 2011. Aku telah tetapkan 21 Januari 2012 sebagai hari kenduri di rumahku memandangkan anak kedua Bang Ngah ( MUHAMMAD AFIF AFDZAL) akan turun dari kapal pada awal Januari nanti.Kesian juga padanya kerana ingin bersama memeriahkan susana.Sehingga tarikh itu,aku mohon padaMu Allah agar memberiku kesihatan yang baik dan umur yang panjang agar dapat aku selesaikan majlis kenduri ini. Amin.










Semoga kekal hingga ke akhir hayat mereka. Semoga perhubungan kami sekeluarga bahagia....Insya Allah.